Kebaikan Minum Air
Lemon Setiap Pagi
Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:
1. Minum air lemon
sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman
seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada
hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis,
apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk
membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang
baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium
dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat
alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau
cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C
dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat
membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian
mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam
lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit
tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa
jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang
terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam
membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal
pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh
membantu mengurangkan bau badan.
Sapa nak Air detox bole PM saya
#sayajualairdetox #airdetox #detox